20091015

my happiness slowly creeping back

penat sangat kerja these past few days. thank god tomorrow is gonna be the last day im working. im working for you love, for your birthday. it maybe nothing to you, but its a BIG deal for me to make you happy on your big day. yang peliknya, i don't even know what to do for his birthday! sumpah sedih! i want ideas! what to do under budget cipot rm150? haha. i wanna buy him manchester united's jersey, but it's so damnnnn expensive i tell you. mati aku. i have to work like another 5 days to afford it? nah, memang tak lah! i'm half dead here.

oh ya, went to penang. whoever follows me on twitter and friends with me in facebook, they got all the juicy details bout this little family trip. nak update, malas sangat. penat jugak nak maintain banyak2 account internet socialnetwork ni kan? i think nak delete myspace. banyak sangat rempit weng weng (bunyi motor) in there and i think myspace is just not me anymore. teringat lagi zaman form 1 sampai form 3 dulu. sanggup pakai baju cun cun,tangkap gambar mata besar,mulut itik,pandang atas, pastu semangat gila upload kat myspace. tunggu orang comment banyak2. siapa ada gambar comment beratus ratus tu rasa bangga sgt. paling hot lah konon. then, main approve je siapa2 yang request nak jadi kawan. lagi ramai kawan, lagi cool lah kan? lawan2 dengan classmates kawan siapa yang paling banyak. haha. silly old wawa! back then, if i dont get to online myspace for a day,i'd go ballistic! tak tentu arah, nak approve comments, nak check friend requests, nak usha2 mamat2 jambu. Gosh! I was so naive and stoooopid! Jap, nak geli dengan diri sendiri kejap.

-------------------bwek bwek-----------------

ok dah.
i miss my friends, really need to spent more time with friends. wake up wawa!

20091008

kiss me on me salty lips

"why do we hurt the most, the ones we love the most?"

Love's 23rd birthday is coming up this 23rd Oct. I have so much in mind what to do for him. surprise dinner? ngeh. too common. karaoke? tak birthday pun we always karaoke. dinner? ek eleh, lagi la bosan. think wawa, think! he's the one. make his day. dia selalu cakap yang dia tak sambut birthday coz nobody cares pun. sob sob sob. sedih kan? masa aku sekolah dulu, i don't do anything pun for his birthday. ye lah, mana aku nak dapat duit. mak bapak aku tak cop duit,dorang cari duit. so, since now im already a big girl, i can work part time. mumsy says yes. she allows me to work. macam biasa,ayah thinks im his little girl still. so dia tak bagi. he said he can give me. but being an independant women i am, ehem, i decided to work. actually, im gonna start this saturday. yea baby! i'll do anything to make your day. this is his 3rd birthday celebration with me.so far, aku bagi dia hadiah baju and perfume beckham je. bosan kan? tak special pun. yess, i am driven to work, get my very own cash and spend it like a crazy monkey! and nobody can say anything. muahahahahaha! duit aku! duit aku! duit aku! cheh, padahal belum start pun lagi, tapi dah gila duit. manusia...

dengan ini, i prove you all out there who thinks im a spoil brat, forks out money from my parents for fun na'ah.you are so wrong. im a girl yang berangan nak kerja nak buat birthday untuk boypren  strong woman who works hard for the money!

p/s: tolong bagi idea nak buat apa untuk Love? thank you :)

20091006

tiba tiba puitis

tipu, memang puitis selalu kot? nak blog in bahasa melayu today. no more rojak. (malam ni je)

aku dan si dia dah 2 tahun 2 bulan bersama. tipu lah kalau aku cakap tak pernah gaduh or tak pernah rasa nak couple dengan orang lain. itu semua pernah. tapi sekejap je semua tu. memang asam garam dalam percintaan. kadang kadang hati ni meronta ronta nak dilayan macam si puteri ,nak lebih dihargai. terdetik di lubuk hati yang jahat, ada orang tu tak lah lawa sangat, tapi boyfriend dia layan dia macam dia tu cinderella! bunga, coklat, makan malam romantik dekat hotel, tepi pantai, kejutan masa birthday. haih. untung si tuan punya badan. aku perasan macam lah aku ni lawa sangat. tapi, aku rasa aku berhak dapat yang terbaik dalam hidup aku. mungkin dia yang terbaik? 

aku mengambil masa lebih kurang setahun setengah untuk aku sedar memang dia yang terbaik dalam hidup aku. mungkin dia tak layan aku macam puteri, tapi dia sorang je yang sanggup layan aku punya kerenah yang sememangnya terlampau mengada ngada dan gedik. aku bossy, aku memilih, aku sendawa kuat kuat lepas makan, aku gelak pun kuat. aku tak boleh kene tegur dan aku tak pernah nak mengalah dalam pergaduhan. bagitahu aku, siapa yang sanggup nak teman wanita macam aku? tapi, dia sanggup. malah, dia pernah ajak aku kahwin. aku je yang tak nak. ye la, muda sangat aku ni. baru 18 tahun. tak tengok lagi dunia ni dengan puas. tapi aku tahu, aku memang nak jadi tua, ada anak cucu dengan dia, aku nak tengok dunia ni puas puas dengan dia. nak rasa pahit manis kehidupan dengan dia. aku nak bangun pagi pagi, wajah pertama yang aku nak tengok, wajah dia. aku nak masak untuk dia, nak gosok baju kerja dia. nak buat segalanya untuk dia dan bersama dia.

memang dia tak kacak dan kaya raya. tapi dia cukup kacak untuk buat aku tergila gila dengan dia. dia cukup kaya untuk belanja aku. keluarga aku pun dah sayang dia. kucing kucing aku pun. sah, memang dia lah yang terbaik dalam hidup aku. memang dia lah yang aku cari selama ni. aku bersyukur sangat dapat jumpa pasangan hidup aku dalam usia yang mentah ni. ada orang tu masih mencari. alhamdulillah. aku harap, dia lah jodoh untuk aku dan aku lah jodoh untuk dia. macam macam kita rancang pun, Allah swt yang menentukannya kan?

rindu sangat nak jalan jalan dengan dia dalam kereta savvy hitam. rindu sangat nak terpekik terlolong nyanyi dalam kereta dengan dia lawan suara siapa yang lagi sedap. rindu sangat nak lihat mata dia dan cakap depan muka dia. rindu semua tentang dia. tak sabar sangat nak tunggu hari esok. bende pertama yang aku nak buat, peluk cium mak, ayah dan 9 orang adik beradik gila aku termasuk 2 orang abang ipar aku. lepastu, kucing kucing dan tarantula aku pulak. dan, jumpa si dia. itu yang aku nantikan.

aku memang betul betul dah cinta dengan dia. mana tak nya, mana pernah aku tulis entri sejiwang ni? dalam bahasa melayu pulak tu. adoi. tengok, apa cinta boleh buat pada diri kita. masak aku. aku rasa, kalau aku baca balik entri ni. mesti aku muntah darah, geli dengan diri sendiri. mungkin aku akan buang kot entri ni nanti? tengok lah dulu. sebab aku tak macam ni sebenarnya. tiba tiba je puitis malam ni

Sayang, I cinta you sangat! terima kasih sebab cintakan I dan berikan I peluang untuk membesar dengan you dan buat semua bende dengan you. You memang seorang manusia yang beruntung sebab dapat buat I gila kan you. Rindu you :'(

20091005

can I say DOPE?

Yeay. Lets do my infamous stupid happy dance plus jumping around plus the annoying scream. I'm so happy. I'm done with all the torturing Law papers! sila lah jealous. Insya allah, I won't have to meet all the papers again. Please, tak nak tengok lagi introduction to law 1 and malaysian politics and government. dah takde selera dengan mereka.

Tomorrow is the last day of my first sem. Gosh, it's the end of my first sem already? can I say.. DOPE? I'm so excited by the fact that I'm going to have my 5 weeks holiday at home. I repeat, 5 frigging cool weeks! can I say.. DOPE again? Ok, dah cukup. It gets annoying when you say dope twice in less than10 minutes. Macam meminta minta penyepak je.

Moving on.. Korang suka tak kalau penyanyi yang korang discover, lagu lagu mereka korang layan sorang dalam bilik. Tiba-tiba jee that particular singer becomes famous and almost everbody likes them and the newbies are more over than you. Ek eleh, macam lah korang minat diorang dah lama kan? . That's how I feel. Weird? No?If you guys feel the same, then welcome to the club. if you don't, tak pe la. Lain orang lain perasan. And one more thing, I really hate someone who copycats me then they make it like its their original thing. At least, mengaku lah kau tiru aku or just keep your mouth shut. Ni tak, she brags around like it's her thing. Whutta? -_-" I know.

I packed my things just now. Ye lah, I'm going home tomorrow. Yippee! When I was packing, tears rolled down on my cheeks. Puitis tak puitis aku ni? haha. ok, back to the story. Why I cried? Because my roommate turned on James Blunt's Goodbye my lover.that song strikes me and i think to myself, I'M SO GOING TO MISS MY HOUSEMATES! they are such great people with great hearts. They took care of me when I was sick,they asked me if i'm ok or not, they protected me when someone talks bad about me.. they will always be in my heart eventhough i'm not gonna be in the same room and house with them anymore.

"goodbye my lover, goodbye my friend"

they are my lovers and my very good friends. :) sorry if i'm too menggedik, mengada, manja teroverz, pakai macam nak terlanjang dalam rumah, bising bising time korang nak tidur. Kacau korang, raba raba korang, menyusahkan korang kene kejut wawa subuh. heheeee. I'm sorry :) i love you people!

nak tahu tak, I applied mosquitoes repellant all over my body like it's a body lotion.i know, gross. but it works, not a single bite on my body! guess what?! kene gigit jugak dekat dahi!! Damn you mosquitoes!! Tak kan nak apply kat muka jugak kot? :(

20091003

lets rewind this to a better scene



had a very small Eid Ul Fitr celebration at my campus just now. ok, please ignore the picture with the peace sign hand gestures. bodoh sangat, plus geli gila rasa macam nak muntah bila tengok balik. masa tangkap gambar tu rasa cool gila. haha. bangang.oh ya people, i don't edit or photoshop any of my pictures. all are original, tak de maknanya nak hilangkan jerawat ke, nak putih kan my bronze skin ke. no way Jose. Just au naturell. ok dah cukup cukup lah vain memanjang.

Played in the rain with Farimtron and Sara. We had fun. Yes, lots of fun. Then balik rumah, pening2 lalat. Padan muka kan? Terus mandi, now I feel so much better. This is my second weekend here in Kuantan. Oh, I feel like hanging myself or just buy a ticket ride home to Shah Alam and my Sayang will be right there at the bus station waiting for me to take me home. just by imagining that makes me happy. Really, tak tipu.  But, too bad. Final exam mengahalang ku untuk bermadu asmara dengan jantung hati ku di awan sana. Ok, I'm so puitis. I'm gonna kill myself if I read this post back.

You wanna hear something really funny?

Farim, my darling loves to wear t-shirt yang ala cool-cool, indie rock laling yang tulis ayat yang cool cool  jugak tu kan? I bet you guys know it. And I bet you guys have it too in your wardrobe kan? Back to the story. So, Farim wear this t shirt wrote "I'M ON A REBOUND". and we talked dah panjang lebar about rebound. Then, tiba tiba, Sara cakap.......

"I have a confession, what is REBOUND?"

We all were like.. OMFG!! You don't know what is a rebound? yang kelakarnya, dia join kiteorang berbual pasal rebound tu macam die tawu semua pasal rebound. Pastu die tanya pulak. Bapakk ahh budak ni! She's funny. I love her.

Oh yes, I really need to study. Nerdgasm! Come and get me.

p/s: again, don't ask me why my blog's url is namiami. please. Suka hati aku lah nak letak ape.

20091001

Dear mosquitoes,

I'm under attack of thousands of mosquitoes here in UiTM. Like what the hell? My body is full with red dots. Sumpah tension sangat. I'm having my finals right now so I need to study in a conducive place. Room full of annoying black and white mosquitoes is not what I call a purrfect place to study.

But, I'm now protected from the attack. I bought a mosquitoes' repellant yang mahal gila. Yeay! Now I'm red dots free! And I can study in my own room now. *happy dance*

GO DIE AND ROT IN HELL YOU ANNOYING LITTLE MONSTERS!